NADI - CYBERSECURITY : Webinar Sim Swap | Ancaman Siber Kepada Usahawan

19 September 2025 | Aktiviti Terkini

18 September 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan kelas NADI – Cybersecurity : Webinar Sim Swap | Ancaman Siber Kepada Usahawan. Kelas ini bermula pada jam 3.30 petang dan di sampaikan oleh Encik Izzat Hamizan. Seramai 1 orang peserta terlibat dalam kelas ini.

Webinar Sim Swap: Ancaman Siber Kepada Usahawan memberi pendedahan tentang salah satu bentuk jenayah siber yang semakin membimbangkan. Sim Swap berlaku apabila penipu berjaya mengambil alih nombor telefon mangsa dengan menukar atau menggandakan kad SIM. Melalui cara ini, penipu boleh mengakses mesej, panggilan, kata laluan sekali guna (OTP) dan maklumat penting lain.

Bagi usahawan, ancaman ini sangat serius kerana ia boleh menyebabkan kehilangan akses kepada akaun bank, e-dompet, media sosial serta sistem perniagaan digital. Sekiranya maklumat ini jatuh ke tangan penipu, kerugian kewangan dan kerosakan reputasi syarikat boleh berlaku.

Webinar ini menekankan langkah pencegahan seperti mengaktifkan ciri keselamatan berganda (2FA), tidak mendedahkan maklumat peribadi, segera menghubungi penyedia telco jika terdapat aktiviti mencurigakan, serta sentiasa peka terhadap risiko siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali